Iklan

$value) { if (strpos($param, 'color_') === 0) { google_append_color($google_ad_url, $param); } else if (strpos($param, 'url') === 0) { $google_scheme = ($GLOBALS['google']['https'] == 'on') ? 'https://' : 'http://'; google_append_url($google_ad_url, $param, $google_scheme . $GLOBALS['google'][$param]); } else { google_append_globals($google_ad_url, $param); } } return $google_ad_url; } $google_ad_handle = @fopen(google_get_ad_url(), 'r'); if ($google_ad_handle) { while (!feof($google_ad_handle)) { echo fread($google_ad_handle, 8192); } fclose($google_ad_handle); } ?>

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below...

Khamis, 6 Disember 2012

HINO 500 Series dan HINO 700 Series yang dipertingkatkan




Hino Motors(Malaysia) Sdn. Bhd (HINO), jenama No 1 dalam kenderaan komersial dalam semua segmen, hari ini memperkenalkan model HINO 500 Series yang merupakan pemenang anugerah kenderaan komersial kelas pertengahan dan kenderaan berat komersial HINO 700 Series yang dipertingkatkan untuk pasaran Malaysia.

Encik NobuyukiTanaka, Pengarah Urusan, Hino Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. berkata “HINO 500 Series Model GH dan HINO 700 Series Model SH yang telah dipertingkatkan ini adalah inovasi terbaru Hino Motors. Penawaran ini menunjukkan keazaman kami untuk menerajui industri dengan produk yang canggih.
HINO 500 Series Model GH yang telah dipertingkatkan terdiri daripada 3 model, iaitu HINO GH1JRPA, HINOGH1JLPD dan HINOGH1JMPA. Ketiga-tiga model tersebut dilengkapi dengan enjin EURO-2 untuk pengeluaran yang lebih berkuasa dan berprestasi, menyambung legasi trak ini sebagai trak 18-tan yang paling berkuasa serta cekap bahanapi. Ia juga merupakan kenderaan komersial yang sangat tahan lasak dan mampu mencapai satu juta kilometer tanpa menjalani pembaikpulih enjin. Model-model ini juga dilengkapi dengan brek angin sepenuhnya yang akan mengurangkan kos penyelenggaraan dan meningkatkan kecekapan. Model HINO GH1JRPA juga dilengkapi dengan Antilock BrakingSystems(ABS), iaitu ciri keselamatan yang meningkatkan kestabilan brek kenderaan.

Ciri-ciri terbaru model HINO 500 Series Model GH ialah :
  • Brek angin sepenuhnya – berbanding dengan “brek angin hidraulik” dalam model terdahulu.
  • Brek parkir pada roda belakang – berbanding dengan “brek parkir pada aci output penghantaran atau transmission output shaft  pada model terdahulu
  • ABS dilengkapi pada model jarak jauh (lebuh raya), HINO GH1JRPA
HINO 700 Series Model SH yang telah dipertingkatkan, iaitu HINO SH1EERG dan HINO SH1EERA yang mengutamakan keselesaan dan keselamatan memenuhi piawaian industri.  Model HINO SH1EERG yang dilengkapi dengan sistem gantungan udara belakang iaitu ciri penting untuk menyasar pengangkut kargo sensitif seperti trak tangki petroleum dan pengangkutan barangan elektronik. Keselesaan kabin merupakan salah satu ciri utama yang dititikberatkan di kalangan pemandu kenderaan berat komersial yang sering memandu jarak jauh. HINO SH1EERG dilengkapi dengan kabin terapung penuh di mana objektifnya adalah untuk mengurangkan keletihan dan membantu pemandu untuk sentiasa berjaga-jaga.
Ciri-ciri terbaru model HINO 700 Series Model SH ialah :
  • Beg udara SRS – mengurangkan kematian dan kecederaan semasa kemalangan
  • Cermin pandangan belakang auto – berbanding dengan model terdahulu yang memerlukan operasi manual
  • Sistem gantungan udara belakang – berbanding dengan sistem gantungan spring dalam model terdahulu
  • ABS – sistem untuk meningkatkan kecekapan brek di atas jalan raya geseran rendah
  • Brek parkir pada semua roda – untuk kuasa brek yang lebih baik di kawasan cerun
Di samping pelancaran HINO 500 Series Model GH dan HINO 700 Series Model SH yang dipertingkatkan, Hino Motors Ltd (Japan) baru-baru ini telah mengikat perjanjian usahasama dengan MBM Resources Berhad, rakan kongsi lamanya untuk merasmikan kilang pembuatan pertamanya di Malaysia. Ini akan membuka lembaran baru untuk Hino Motors Ltd membekalkan perkhidmatan menyeluruh daripada pembuatan kepada jualan penuh. Ia adalah bukti komitmen jangka panjang  HINO kepada pasaran tempatan.
HINO 500 Series dan HINO 700 Series yang telah dipertingkatkan boleh didapati melalui pengedar HINO yang sah di seluruh Malaysia. 

SAM 013-730 9496

0 comments:

Catat Ulasan